Sejarah PMRAM
SEJARAH KITA : KEGEMILANGAN YANG TIDAK TERNOKTAH!


PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) menelusuri aluran sejarah dan menempuh arus kematangan yang kadangkala menoktahkan kepedihan di atas lembaran jasadnya. Namun, PMRAM  yang didokongi ummah mahasiswa terus melebarkan sayap untuk menaungi budaya kemahasiswaan dan kebajikan ahlinya.
 
1923    14 September Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai menubuhkan Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa. Dua orang      perwakilan dihantar ke persidangan di Jerussalem iaitu Abu Bakar al-Ashari (Tanah Melayu) dan Abdul Muzakkir (Indonesia).
 
1930    11 April Pelajar-pelajar Melayu keluar beramai-ramai daripada Persatuan Kebajikan Anak-anak Jawa sebagai tindak balas kepada perpecahan yang berlaku, lalu menubuhkan Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS) secara rasmi mengikut undang-undang dalam negeri dengan Tuan Amin Nuruddin (perak) sebagai Yang DiPetua. Mereka yang terlibat ialah Syeikh Husin Abbas, S Abdul Halim Osman, Tuan Ismail Ali, Hamzah Mukhti, Abdul Jalil Hasan, Nasir Jauhari dan Ismail Hamzah.
 
1932    Panitia Rumah Melayu dibentuk untuk menyelenggarakan urusan pembinaan asrama dan melancarkan pungutan derma dikalangan masyarakat tanah air serta jamaah Haji Tanah Melayu. Sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar kebangsaan di tanah air memuaskan.
 
1940    Persatuan Indonesia-Malaya (PERPINDOM) ditubuhkan selepas perhubungan terputus antara Tanah Melayu, Indonesia dan Negara Thai dengan mahasiswa di sini akibat Perang Dunia kedua.
 
1948    Ikatan Pelajar-pelajar Indonesia (IPI) ditubuhkan untuk menyokong kemerdekaan Indonesia. PPS turut memberikan kerjasama.
 
1950    PPS dan IPI terlibat dalam tunjuk perasaan anti penjajah Inggeris sebagai tanda sokongan kepada rakyat Mesir.
 
1951    PPS bekerjasama untuk menubuhkan Ikatan Indonesia bagi menyatupadukan Pelajar-pelajar Tanah Melayu, Indonesia, Filipina dan Negara Thai. Dasar perjuangan Ikatan Indonesia meliputi sosial, pendidikan dan kebudayaan. Antara anggotanya Dr Zulkifli Muhammad, Harun Nasution, Sulaiman Samadi Ihsan, Ahmad Hasyim, Wan Abdul Kadir, Ismail Nahrawi, Abdul Salam dan Noor Asyik.
 

1952    PPS  terus memperjuangkan pembinaan Rumah Melayu. Resit-resit pungutan dikeluarkan bagi mendapatkan derma daripada jemaah Haji di Makkah dan dikirimkan ke Tanah air. Dalam mesyuarat AJK PPS, ketetapan telah dibuat bagi mengubah nama PPS kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM).

1953    PMM diisytiharkan secara rasmi. Sementara itu, sebuah badan politik ditubuhkan di luar daripada PMM hasil pergolakan politik tanah air  yang mengeluarkan pelbagai risalah berbahasa Arab  dan disebarkan kepada badan politik asing di sini untuk memperkenalkan perjuangan bangsa Melayu.
 
1954    PMM menghantar dua orang wakil ke Kongres Pemuda Islam yang diadakan di Karachi.
 
1955    Sebuah Badan ditubuhkan dalam PMM yang menyokong kemerdekaan tanah air setelah badan politik tidak dapat berjalan dengan lancar. Anggotanya terdiri daripada Wan Abdul Kadir Ismail, Wan Husin Azmi dan Hasan Saleh. PMM menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.
Januari: Mesyuarat Agung Tergempar diadakan bersama Anggota Pengurus daripada persatuan pelajar Indonesia. Negara Thai dan Filipina dan Mesir serta membentuk Gabungan Pemuda Asia Tenggara yang memperjuangkan cita-cita pelajar dengan lebih luas, tegas dan aktif.
PMM menggabungkan diri dengan Persatuan Pelajar Kongres Islam yang berpusat di Kaherah bagi merapatkan hubungan dengan pemuda-pemuda Islam di dunia. Ahli-ahli bersetuju mengeluarkan derma bulanan tetap untuk menyewa pejabat PMM setelah 25 tahun berpindah-randah dari rumah ke rumah. Badan Wanita ditubuhkan sebagai medium organisasi mahasiswi.
Jun: Kerajaan Malaya menghulur bantuan 625 pound sebulan.
 
25 Oktober: PMM menubuhkan Badan Perjuangan Melayu Se-timur Tengah untuk menyatupadukan anak-anak Melayu di Timur Tengah. Dua orang wakil dihantar kepada Badan Perjuangan Pembebasan Rakyat Islam iaitu saudara Wan Abdul Kadir Ismail dan Dr Wan Husin Azmi.
 
1958    Januari: PMM mula menjadi tumpuan wakil-wakil kedutaan asing untuk mengenali Persekutuan Tanah Melayu disebabkan kedutaan masih belum diwujudkan di Mesir. PMM mendesak kerajaan Malaysia agar mewujudkan kedutaan di Mesir.
 
1959    Urusan penyerahan tanah seluas 2.212 meter persegi oleh kerajaan Mesir dibuat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan pada masa depan maka pertengahan tahun 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu. Memperbaharui pendaftarannya secara rasmi di sisi undang-undang kerajaan Mesir dan menguruskan pertukaran pasport baru daripada pasport British  kepada Persekutuan Tanah Melayu.

1960    Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah  diwujudkan dengan perlantikan Encik Ghazali Hj Jawi sebagai Duta yang pertama hasil desakan pihak PMM.
 
1962    Suara rasmi PMM ‘WARTA’ diterbitkan untuk menggambarkan segala aktiviti Persekutuan ini kepada ahli yang diasaskan oleh saudara Mohd Zin Senudin, Ketua Badan Penerangan. Jawatankuasa Mentafsir  Undang-undang Tubuh ditubuhkan yang dianggotai oleh saudara Wan Mokhtar Ahmad (Dato’ Sri Amar Diraja). Panitia Bulan Bahasa dibentuk bersama pihak kedutaan.
Mac: Lawatan Menteri Pertanian Malaysia dan Syarikat Kerjasama, Encik Abdul Aziz Ishak dan Syed Nasir Ismail (Pengarah DBP). Lawatan Perdana Menteri Singgapura, Lee Kuan Yew. Pertunjukan melalui televisyen Mesir sebagai usaha untuk memperkenalkan Negara. Badan Penerangan mengirim 12 berita ke tanah air untuk memperkenalkan kegiatan PMM.
 
1963    Panitia Asrama Rumah Melayu dibentuk bagi melicinkan pentadbiran kerana pembinaan Rumah Melayu hampir siap. Badan Pengurus dengan saudara Abu Bakar, Yang DiPertua PMM menolak Majlis Pembukaan Rumah Melayu berdasarkan suara ramai kerana kelengkapan belum mencukupi. Lawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bagi membincangkan bantahan pembukaan Rumah Melayu yang belum lengkap.
31 Ogos: Rumah Melayu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Encik Ghazali Hj Jawi, Duta Besar Malaysia di Kaherah bersempena dengan perayaan Menyambut Kemerdekaan  Tanah Melayu yang keempat.
19 September: Satu Memorandum yang ditandatangani oleh saudara Ghazali Abdul Wahid dan Wan Mokhtar Ahmad dihantar ke Kementerian Pelajaran untuk memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.
 
1964    PMM menghantar kawat takziah atas kematian Zulkifli Muhamad (bekas YDP). Selain itu, kawat tahniah dihantar kepada TYT Tunku Abdul Rahman atas perlantikan sebagai Perdana Menteri.
PMM menghantar 4 orang wakil tetap Kelab Pelajar-pelajar Asing di Kaherah iaitu saudara Ismail Abdul Halim (TDY PMM), Yahya Osman (Setiausaha Agung PMM) dan Ismail Hj Ibrahim. PMM mendesak pihak kedutaan membuat penafian kepada Akhbar al-Ahram kerana menghina kaum Melayu dalam berhubung isu pergaduhan kaum di Singgapura tetapi tidak diendahkan dan PMM melahirkan rasa kesal terhadap kedutaan. Jawatankuasa Memperjuangkan Ijazah Timur Tengah ditubuhkan dan momerandum dihantar ke Tanah air. Lencana dan simbol dicipta serta PMM memperbaharui pendaftaran dengan pihak berkuasa.
 
1965    Nama PMM ditukar kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB).

1967    31 Ogos: Gabungan Mahasiswa Asia Tenggara di Lembah Nil (SOLIDARITA) ditubuhkan yang diwakili oleh mahasiswa Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Tunjuk perasaan bantahan penyelewengan perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diadakan. Mahasiswa diberi amaran keras oleh kerajaan Malaysia.
 
1968    PMRAB menerbitkan majalah bulanan ‘Susila’. Selain itu, PMRAB menyatakan sokonga terhadap penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
1970     Jun: PMRAB diketuai oleh saudara Awang Pon Sibon. Pembaharuan dilakukan dengan perlantikan seorang siswi sebagai Ketua Badan Pengetahuan iaitu saudari Salehah Osman (siswi yang ketiga dalam Badan Pengurus selepas saudari Balqis Abu Bakar dan Faridah Abu Bakar.
PMRAB menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Undang-undang Asrama Rumah Melayu yang dipengerusikan oleh saudara Wan Ahmad kerana pihak kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang mengkhianati kepentingan mahsiswa Melayu.
 
1971    Jawatankuasa untuk mempercepatkan pembinaan asrama puteri ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh saudara Abdul Syukur Hashim. Satu jaminan diberikan oleh Kerajaan Malaysia dengan peruntukkan sebanyak RM 300 dan berjanji akan mendirikannya pada 1972.

PMRAM memperbanyakkan kursus dakwah dan berjaya melahirkan 64 orang kader dakwah. Sesi dakwah telah diwujudkan dan dipengerusikan oleh Yang DiPertua saudara Abdul Wahab Zakaria (merangkap Pengerusi Dakwah). PMRAM menerima tamu iaitu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman dan rombongan dari Malaysia untuk mengkaji ijazah dari Timur Tengah.
 
1972    PMRAM menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah dengan saudara Abdullah Abbas Abu Bakar sebagai kader terbaik. PMRAM juga mengutus kawat takziah atas kematian tokoh Negara Tun Dr Ismail.
 
1973    6 Oktober: PMRAM menderma sebanyak 500 pound kepada Kerajan Mesir atas kemenangan . mereka dalam peperangan tiga serangkai (Inggeris-Perancis-Israel) yang disampaikan oleh Yang DiPertua PMRAM kepada Dr Abdul Halim Mahmud, Syeikh al-Azhar.
 
1975    PMRAM digantung pendaftarannya sehingga 1979 kerana wujud fahaman kenegerian di antara ahli. Suasana mendung menyelebungi ahli PMRAM sebaik sahaja Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun ini. Selain itu, berlaku krisis pemikiran di antara pucuk pimpinan PMRAM.
 
1980    Pendaftaran diperbaharui semula. Bermula zaman peralihan dan perubahan mahasiswa yang diketuai oleh saudara Idris Ahmad, Yang DiPertua PMRAM.Saudara Abdul Ghani Abdul Rahman sebagai Yang DiPertua. Beberapa orang pemimpin berkaliber seperti saudara Harun Taib menyusun program-program yang menjurus ke arah penghayatan Islam yang sebenar dan banyak kegiatan tradisi hiburan ditinggalkan. PMRAM menghadapi masalah kewangan kerana pihak JPM menyekat bantuan kewangan Kerajaan Malaysia tetapi tidak melemahkan semangat PMRAM dan program tetap dijalankan malah ahli-ahli yang mendermakan wang poket untuk menjayakan program-program.
 
1982    Perasmian asrama Puteri oleh YAB Datuk Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. PMRAM mengemukakan permohonan peruntukkan sebuah bas bagi siswi untuk ke kuliah kepada YAB. Dalam majlis perasmia tersebut saudara Ghazali Said Yang DiPertua PMRAM menyampaikan ucapan dan mengesyorkan kepada kerajaan Malaysia supaya melaksanakan undang-undang Islam.
 
1983    Sebuah bas sebagaimana yang diminta berjaya diperolehi.
1 April: PMRAM menyertai Perayaan sempena Seribu Tahun al-Azhar dengan kerjasama kedutan Malaysia. Perayaan tersebut dihadiri oleh Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akbar Syeikh Jadul Haq, Menteri al-Auqaf, Syeikh Ibrahim Dasuki dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Waqaf dan pihak Universiti al-Azhar.
 
1991     PMRAM berperanan menguruskan penempatan urusan kuliah seterusnya membentuk Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. PMRAM mengadakan Pameran Memperkenalkan Malaysia.
6 Ogos: Usrah al-Wadi ditubuhkan.
 
1992    16 Januari: PMRAM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 59. Barisan kepimpinan PMRAM diterajui oleh saudara Zulkifli Yaacob. Pilihanraya PMRAM kali ini telah menyaksikan bagaimana pegawai keduataan telah terlibat dalam kempen di Asrama Rumah Melayu untuk memberikan sokongan kepada calon-calon tertentu. Namun, kesemua 15 calon PMRAM berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan. Awal Februari, ura-ura Kedutaan Besar Malaysia Kaherah menaja satu persatuan baru tercetus dengan alasan bahawa PMRAM tidak dapat menyatukan para mahasiswa.
20 Februari: Badan Pengurus PMRAM mengadakan pertemuan dengan TYT Duta Besar Malaysia di kedutaan Besar Malaysia, Mohandiseen untuk membincangkan masalah penubuhan Malay Student Association (MSA) atau Persatuan Pelajar-pelajar Mesir (PPMM). Badan Pengurus PMRAM membuat keputusan membantah penubuhan PPMM kerana PMRAM masih mampu memberi perkhidmatan kepada mahasiswa. Namun, pihak kedutaan tetap ingin menubuhkan sehingga tercetus demontrasi aman mahasiswa Malaysia.
24 Februari: Kedutaan secara rasmi memutuskan hubungan demgan PMRAM dan tidak membenarkan PMRAM menggunakan kemudahan di Asrama Rumah Melayu.
28 April: Kedutaan memalang pintu pejabat  PMRAM di Abbasiyah setelah mengeluarkan notis supaya mengosongkan pejabat di Asrama Melayu. Ekoran daripada itu, pihak PMRAM mengadakan demontrasi yang dibenarkan oleh pihak keamanan Mesir untuk menuntut kembali hak-hak PMRAM dihadapan Datuk Hamid Othman. Selain itu, PMRAM menyewa khas
sebuah kapal terbang Sudan untuk membawa Jamaah Haji (ahli PMRAM) seramai 150 orang ke Mekah. Kontinjen badminton PMRAM memperkenalkan sukan badminton kepada Majlis Sukan Mesir. Penubuhan Jawatankuasa Bertindak Krisis Ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli yang meruncing ekoran kegawatan ekonomi Malaysia.

17 September: PMRAM mengadakan Majlis Konvokesyen kali pertama bagi mahasiswa yang tamat pengajian bertempat di Dewan Kuliah Tarbiyah Universiti al-Azhar dan mengadakan sudut pameran untuk memperkenalkan Malaysia kepada rakyat Mesir.
 1993    PMRAM menghantar 450 orang dalam kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar di Mesir anjuran JPM. Dan mengemukakan resolusi agar pihak kerajaan berlaku adil terhadap mahasiswa Malaysia. Selain itu, PMRAM mengadakan pertunjukan dan latihan sepak takraw di Kelab Sukan Zamalek Kaherah, Mesir. PMRAM juga menjalinkan hubungan dengan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa. PMRAM  juga menghantar wakil dalam kursus pentadbiran anjuran Kementerian Mesir.
 
1994    PMRAM membantu Pusat Islam dalam memberikan penjelasan tentang Jemaah al-Arqam. Berikutan penghantaran mahasiswa ke Muhafazah. Pmram menguruskan penghantaran Mahasiswa ke Dumyat dan Zaqaziq. PMRAM mendapat notis keluar dari Asrama Melayu untuk kerja-kerja baik pulih.
 
1995    Berpindah dari Asrama melayu sementara waktu kerana baik pulih.
Januari: Mendapat kebenaran daripada Kementerian Kemasyarakatan Mesir membuka cawangan PMRAM di Madinat Nasr.
Julai: Konvensyen PMRAM kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan atas alasan keselamatan.
HEWI menghantar wakil 5 orang menyertai Sarasahan anjuran Persatuan Mahasiswi Indonesia (WEHDAH) di kedutaan Indonesia. HEWI menghantar wakil menyertai perjumpaan PERKEMAS (Singgapura) dan membentuk ikatan mahasiswi Islam Asean (IMIAS)
 
1997    13 Mac: Majlis perlancaran Homepage PMRAM dan seminar penulisan dan ulang tahun suara kampus kali pertama diadakan di Rumah Melayu.
25 Mac: PMRAM menyertai Pameran Kebudayaan di Universiti Ain Sham, Kaherah dan kemenangan di tempat kedua.
22 Jun: PMRAM menghantar kontinjen menyertai pertandingan badminton antarabangsa di nadi Syabab Hayyu Sadis.
22 September: HEWI menerima kunjungan dan mengadakan ramah mesra bersama mahasiswi Jordan dan Hizbi.
27 & 28 Julai: HEWI mengadakan Kongres Karisma yang dihadiri oleh mahasiswi Kaherah, mansurah dan Iskandariah di Rumah Melayu Abbasiyah.
 
1998 
22 Februari: -Majalah Tahunan PMRAM (alKasyaf) edisi Perdana dilancarkan.
22-23    :Muktamar Sanawi PMRAM diadakan bagi menggantikan Mesyuarat Agung Tahunan dengan saudara Ahmad Bukhori Ghazali sebagai Presiden. Mesyuarat Bandan Pengurus PMRAM bersetuju untuk menukar nama jawatan Yang DiPertua kepada Presiden.
April    enubuhan jawatankuasa bertindak krisis ekonomi (JBKE) untuk menangani masalah kewangan ahli PMRAM ekoran kegawatan ekonomi Malaysia
Julai    : HEWI menganjurkan Mahasiswi Cemerlang yang dihadiri oleh mahasiswi Malaysia, Thailand (Patani), Brunei dan Singgapura.
8 Julai    : Kelab Waja diri ditubuhkan yang mengandungi silat gayung dan taekwando
Ogos:
8: Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiwa kali kedua berjaya dilaksanakan di Panorama Umi Kalsom, Mansoura.
14-31: Perayaan Menyambut Hari Kebangsaan kali 42 dengan benerapa pembaharuan iaitu pertandingan forum, Dakwah kreatif, Musabaqah al-Quran, pantun dan acara Balapan.
Penubuhan jawatankuasa mengkaji pengswastaan Rumah Melayu ekoran cadangan kerajan untuk mengswastaan rumah Melayu yang mengancam kepentingan mahasiswa
Beberapa pertemuan dengan TYT Duta, Pengarah JPM dan Ketua Canseri Diadakan. Hasilnya, pengswastaan Rumah Melayu dibatalkan oleh kerajaan Malaysia.
Oktober:
19: Penubuhan Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur (BKAKLM) dengan Yang DiPertua saudara Muhammad Hasnul Abu bakar menjadikan sekarang 13 buah BKAN bernaung di bawah PMRAM termasuk PERKEMAS.
Penubuhan struktur pentadbiran Dewan Perwakilan Mahasiswa dengan Timbalan Pengerusi sebagai Ketua Unit Tugas-tugas, mewujudkan Ketua Unit Dakwah dan memecah Ketua Unit Perumahan dan Hal Ehwal Kemasyarakatan kepada dua Unit yang berasingan.
November: PMRAM mengadakan siri Forum Keadilan Ummah sebagai reaksi pergolakan politik tanah air dan krisis keadilan sebanyak 1724 tandatangan telah dikutip dan derma sebanyak LE 4092.15.
 
2000    Mengadakan sambutan Ulangtahun ke 70 PMRAM dengan sambutan yang menggalakkan dari seluruh bekas pimpinan PMRAM serta ahli.
Pelancaran PMRAM Multimedia Centre (PMC).

2003    Mengadakan Ijtima’ Tergempar bagi membincangkan perubahan undang-undang tubuh baru.
 
2004    Menganjurkan PMRAM International Knowledge Festival In Egypt (PROFIT) yang melibatkan penyertaan mahasiswa Negara Asia dan Afrika.
 
2005    2-11 Mei: Menyertai Pameran Kebudayaan Universiti Ain Sham bersempena 24th People’s Day Festival Egypt  2005 dengan di anggotai dari 13 Negara. Mendapat tempat pertama.
14 September: Menganjurkan Festival Konvokesyen dan Anugerah Mahasiswa Cemerlang (FKAMC 05) yang buat julung-julung kali mengadakan konsert bersama kumpulan nasyid jemputan dari Malaysia iaitu Hijjaz.
 
2006   
31 Mac  : Pelancaran Dana Syaqah PMRAM di Asrama Pelajar Terengganu
5 April : Mengadakan kunjung hormat ke KBMK sempena dengan perlantikan barisan kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang baru serta mengemukakan Draf Cadangan Peningkatan Penguasaan Bahasa Arab dan Kebajikan Mahasiswa Al-Azhar Malaysia di Mesir  bagi mencari titik persamaan dan dalam rangka bekerjasama dengan KBMK dalam meningkatkan kualiti dan martabat mahasiswa-mahasiswa di Mesir.
22-27 Ogos : Mengadakan Sambutan 50 tahun HEWI PMRAM (IKHLAS 06) yang turut disertai oleh wakil-wakil mahasiswi dari Ireland dan Jepun. Serta menjemput bekas-bekas kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM. Program dikendalikan sepenuhnya oleh HEWI PMRAM.
17-19 September : Menganjurkan PMRAM International Konwledge Festival in Egypt yang bertemakan ‘Memacu Perekonomian Islam’. Mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada semua ahli serta dari negara luar seperti Singapura dan Brunei.
 
2007    : Mac - PMRAM mengadakan Persidangan Mahasiswa Timur Tengah (PERMIT) melibatkan wakil mahasiswa Syria, Jordan, dan Yaman di Dewan Solah Kamil, Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Ogos – Konvensyen Dewan Perwakilan Mahasiswa III (SEJAK) diadakan di Nadi Zahabiah, Mansurah.
Sambutan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) ditukar kepada AMIND. PMRAM menyambut AMIND dengan beberapa pembaharuan dan mengundang kumpulang INTEAM untuk mengadakan persembahan sembena Konsert Raudhatul Infaq.
MAKLUMAN AM
 
Laman Web PMRAM sedang di dalam penyelengaraan. Harap maklum
Advertisement
 
TERKINI
 
PMRAM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) pada 3 Ogos 2008 (AHAD). Oleh yang demikian, PMRAM menjemput kepada mereka yang berminat untuk mendaftarkan nama terus kepada jawatankuasa HEMAT, Badan dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2008.

Mahasiswa Tahun 3 dan 4 dijemput untuk hadir.
PEJABAT PMRAM
 
Operasi Pejabat PMRAM bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari JUMAAT.

Sila patuhi jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2008 bagi melicinkan gerak kerja ini.

TAKWIM AKAN DATANG
 
26 Julai hingga 31 Julai 2008
Bola Sepak PIALA MALAYSIA

3 Ogos 2008
HIMPUNAN MAHASISWA TAHUN AKHIR

4 Ogos 2008
Kem Latihan Penulis PMRAM

9 Ogos 2008
Program Kolokium Ilmuan (Q) Akhir 2008

16 hingga 19 OGOS 2008
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)

25-26 Ogos 2008
Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMID)
MAKLUMAN AKAN DATANG
 
PMRAM akan membuka permohonan zakat PMRAM. Mahasiswa yang berkelayakan boleh memohon terus kepada PMRAM. Makluman akan diberikan selepas ini.
 
Today, there have been 1 visitors (3 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=