Muka Hadapan


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir


BERITA TERKINI 

PERMOHONAN BIASISWA KERAJAAN KUWAIT

Makluman kepada pelajar-pelajar Al-Azhar (Pengajian Islam dan Perubatan) yang mendapat pangkat Jayyid, Jayyid Jiddan, dan Mumtaz pada imtihan sesi 2007/2008 yang ingin memohon zakat Kuwait, urusan tersebut boleh dibuat di Majlis Zakat Kuwait bermula 1 September 2008.

Sila bawa;
1) 6 keping gambar berukuran pasport
2) 2 keping salinan muka depan pasport dan iqamah (visa) terakhir
3) Keputusan peperiksaan (kashful imtihan) keseluruhan dan 2 salinanannya

Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada:

* Ketua Badan Pendidikan & Komunikasi Bahasa (Mohd 'Azizuddin Aznan-0109574754)
* Ketua Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa (Norhidayah Che Yusof - 0118001167)



PMRAM MEMBUKA PERMOHONAN ZAKAT



Berita baik buat mahasiswa Malaysia di bumi mesir. PMRAM akan menyalurkan bantuan kewangan zakat kepada mereka yang berkelayakan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1.    Pemohon adalah mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di Mesir.
2.    Pemohon tidak menerima sebarang pinjaman, biasiswa, dermasiswa atau zakat dari mana-mana agensi.
3.    Pemohon kurang berkemampuan dari sudut kewangan.
4.    Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
5.    Pemohon lulus dalam peperiksaan pada sesi pengajian sebelumnya.
6.    Keutamaan diberikan berdasarkan kecemerlangan akademik dan keterlibatan dalam persatuan.
7.   Sila sertakan salinan kad pengenalan, pasport, surat pengesahan pelajar dan keputusan peperiksaan terkini.

Borang permohonan hendaklah diserahkan ke pejabat PMRAM selewat-lewatnya pada 20 September 2008

Borang boleh didapati di Pejabat PMRAM dan mas'ul kebajikan BKAN dan DPM masing-masing.

Maklumat lanjut boleh boleh terus menghubungi :
Syed Abdul Kadir Aljoofre         010-5868693
Hairul Nizam Mat Husain          016-4213994
Khusaini md yusoff                    011-9598180

Pemilihan penerima zakat hanya terhad kepada lima orang yang terpilih sahaja.



PROSMA 08 DATANG LAGI



Projek Sumbangan Amal Palestin (PROSMA 2 '08) akan diadakan pada 16 sehingga 19 Ogos 2008. Projek anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana kewangan bagi meringankan bebanan umat Islam di Palestin.

Gerai PROSMA akan dibuka selama 3 hari di Dataran Hayyu 'Asyir serentak dengan program EGP '08 PMHK 51. Sehubungan dengan itu, PMRAM menyeru kepada semua ahli agar dapat memberi sokongan yang padu kepada PROSMA. Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan melalui Unit Kebajikan BKAN dan DPM masing-masing.

Tarikh kutipan dan pengumpulan bahan sumbangan di seluruh muhafazah adalah sebagaimana berikut:

10/8/08: BKAN sekitar Kaherah dan DPM Shoubra.
11/8/08: DPM Iskandariah, Damanhur, Tanta dan Shibin.
12/8/08: DPM Zagaziq, Mansurah dan Dumyat.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pihak PROSMA:

Muhammad Abdul rahim Bin Kamarul Zaman (Pengarah) 010-0591793
Muhammad Shahid Bin Zakaria (Timbalan Pengarah 1) 016-2308595
Nur Aida Binti Mohd Najid (Timbalan Pengarah 2) 016-1692851



PERAYAAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51
(EKSPO GEMPAK PMRAM)



PMRAM akan mengadakan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-51 bertemakan "PERPADUAN TERAS KEJAYAAN" yang akan berlangsung selama 4 hari bermula, 16 OGOS hingga 19 OGOS 2008.


  Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan program KLIK DI SINI




KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2008



PIALA MALAYSIA 2008 akan diadakan di Padang Iskan Tullab, Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis.
TARIKH : 26 - 31 JULAI 2008

  Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan program KLIK DI SINI




KELAP TERUS MELAKAR PENA


Kem Latihan Penulis PMRAM (KELAP) di bawah kelolaan Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM akan mengadakan Seminar dan Bengkel Penulisan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir. Program ini a
dalah menggalakkan penglibatan mahasiswa Timur Tengah di dalam mempamerkan bakat-bakat penulisan kreatif.

PMRAM yakin dan percaya dengan program sedemikian, ramai penulis baharu yang dapat dibentuk. Antaranya, Amiza Khusyri Yusof (Negeri Sembilan), Syarifah Salha Syed Ahmad (Negeri Sembilan), Mohd Nazmi Yaakob (Kelantan), Mohd Zaki M Noor (Johor), Sammaituha Najwa (Negeri Sembilan) dan ramai lagi yang sudah menempa nama di persada dunia tanah air di dalam genre penulisan cerpen dan puisi.

Oleh yang demikian, KELAP mengajak mahasiswa dan mahasiswi turut serta di dalam program yang akan diadakan pada:-

HARI : ISNIN ( 4 OGOS 2008)
TEMPAT : DEWAN SYEIKH SYA'RAWI, WISMA PERAK DARUL RIDZUAN, HAYYU SABIE
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

YURAN : LE 7 sahaja.

Pendaftaran boleh dilakukan terus kepada wakil Unit Penerangan dan Penerbitan BKAN dan DPM masing-masing atau terus hubungi urusetia di talian di bawah :-

Ustaz Asri : 016-154 4174
Ustazah Hazila : 010-382 5643



UMRAH RAMADAN BERSAMA PMRAM


Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM akan mengadakan Umrah Ramadan bagi tahun 1429H. Maklumat lanjut seperti di bawah :-

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

5 keping gambar berukuran pasport
Salinan pasport
Tasdiq Kuliah (Pengesahan Pengajian)

SYARAT TAMBAHAN

Berada di Mesir lebih daripada tempoh 6 bulan.
Berbaki Iqamah 6 bulan atau lebih.
Surat kebenaran menunaikan Umrah daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah
Mempunyai Mahram (Wanita)

HARGA BAGI UMRAH RAMADAN TAHUN INI : USD 760 SAHAJA

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Ustaz Mohd Adlan Mokhtaruddin (016-527 5927)




LAWATAN RASMI KEPIMPINAN PMRAM KE MUHAFAZAH (CAWANGAN)

Kaherah, 15 Julai - Bermula 8 Julai hingga 14 Julai yang lalu seluruh saf kepimpinan PMRAM sesi 2008 telah berjaya mengadakan lawatan kerja rasmi dan majlis ramah mesra bersama ahli-ahli di semua lapan (8) DPM. Bermula daripada lawatan ke Shibin El-Kom, diikuti oleh Shoubra, Dumyat, Tanta, Damanhur, Zaqaziq, dan Mansurah, PMRAM telah turun ke Dewan Perwakilan Mahasiswa untuk berbincang dan beramah mesra dengan ahli kecuali di Iskandariah.

Ini disebabkan berlakunya pertembungan dengan program-program yang telah disusun oleh DPM Iskandariah. Walaubagaimanapun, pihak Ketua Lajnah Muhafazah dan Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM akan berusaha untuk mengadakan lawatan ke Iskandariah  dengan seberapa segera.

Presiden, saudara Khairul Anuar bin Ismail menjelaskan beliau amat berpuas hati dengan perjalanan program lawatan kerja tersebut dan juga sambutan yang diberikan oleh seluruh ahli di DPM masing-masing. Dalam sesi dialog yang telah dibuka kepada seluruh ahli DPM, pelbagai isu yang telah dibangkitkan seperti masalah visa, keahlian PMRAM dan juga pertanyaan mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh PMRAM pada sesi ini. Tidak ketinggalan juga pelbagai teguran dan muhasabah membina daripada ahli kepada barisan kepimpinan agar dapat memantapkan lagi perjalanan PMRAM untuk masa yang mendatang.

"PMRAM  menerima  teguran ahli dengan hati terbuka demi untuk kebaikan semua. Kita telah membincangkan perkara tersebut dan InsyaAllah ada tindakan susulan akan  diambil, " jelas beliau ketika diminta memberikan respon terhadap teguran  yang diterima.

Ketika ditanya  pendirian PMRAM berhubung  penganjuran forum isu pilihanraya yang diadakan di ARMA baru-baru ini, beliau menjelaskan " PMRAM tidak mempunyai sebarang masalah dengan penganjuran program-program ilmiah yang berasaskan kajian akademik dan pendedahan isu politik yang seimbang bahkan kita menggalakkan kepada ahli untuk hadir dan memberikan segala idea yang bernas dan bermanfaat tetapi PMRAM  tidak bersetuju dengan pendedahan isu politik dalam erti kata yang sempit tanpa berasakan disiplin ilmu sekiranya ada kerana ia bercanggah dengan pembawakan PMRAM itu sendiri," ujar beliau.

"Mana-mana kenyataan yang dikeluarkan oleh individu-individu tertentu berhubung isu ini  adalah bukan merupakan pendirian PMRAM yang sebenarnya dan ia merupakan pandangan peribadi individu tersebut secara khusus yang tidak boleh dikaitkan dengan PMRAM," tambah beliau lagi.




 PMRAM MENGHANTAR WAKIL KE TURKI
(PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR)


Tanggal 5 Julai 2008 merupakan tarikh bersejarah buat PMRAM apabila  buat julung kalinya berjaya menganjurkan rehlah ke Turki hasil kerjasama di antara pihak PMRAM dan wakil mereka di Mesir. Rehlah ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama Muslim tanpa mengira bangsa dan kaum di samping bertukar pandangan dan maklumat sepanjang di sana.

Rombongan seramai 16 orang ini mula berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada jam 1.00 pagi yang diketuai oleh Saudara Khalil Yahya daripada Perak. Sebaik sahaja tiket diberikan oleh pihak Turki, Ustaz Umar kepada semua peserta, Presiden PMRAM yang hadir bersama-sama dalam majlis perlepasan tersebut memberikan kalam nasihatnya.

Dalam ucapannya beliau mengharapkan semua peserta supaya saling taaruf dan kenal- mengenali antara satu sama lain memandangkan kesemuanya daripada tempat dan negeri yang pelbagai, selain itu beliau juga mengingatkan agar menjaga akhlak dan keperibadian selaku pelajar Muslim dan selaku duta kecil PMRAM sepanjang di sana.

Selain itu, beliau juga mendoakan agar perjalanan ini selamat pergi dan pulang dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Selepas bacaan doa yang diketuai oleh Saudara Mohd Zarimi dari Shoubra, peserta bersiap untuk bertolak. Tiga peserta akhir  yang lewat tiba di lapangan terbang  turut sempat untuk menyertai rombongan tersebut. Turut bersama pada malam tersebut ialah  Naib Setiausaha Agung Saudara Hanafi Zulkapli dan Ketua Badan Sambutan dan Rehlah Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin.

Rombongan ini telah berlepas pada jam 4.00 pagi dan tiba pada jam 6.30pagi. Sebagaimana maklum, rombongan ini sepatutnya berlepas pada 3 Julai yang lalu, akan tetapi berlaku permasalahan yang tidak dapat dielakkan menyebabkan penerbangan ditangguhkan pada  5 Julai.

PMRAM mendoakan rombongan wakil PMRAM ke Turki ini agar selamat pergi dan kembali semula ke Mesir.



KEPUTUSAN RAYUAN PROGRAM BERKEMBAR DITOLAK

Mesyuarat Pentadbiran Al-Azhar berhubung Kemasukan Mahasiswa Malaysia ke Al-Azhar (Muadalah) yang diadakan pada 30 Jun 2008 yang lalu telah bersepakat menolak rayuan daripada Malaysia berkenaan isu ini.

Pihak PMRAM sedang menunggu keputusan rasmi selepas permohonan kali kedua akan diuruskan pada minggu hadapan.




KELANTAN JULANG PIDATO PIALA PRESIDEN

1 d
an 2 Julai, Hayyu Asyir – Asrama Pelajar  Selangor buat julung-julung kalinya menjadi saksi pertandingan Pidato Piala Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di sini. Pertandingan yang mengambil masa dua hari ini mendapat sambutan baik daripada para mahasiswa.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu peringkat saringan pada hari pertama dan peringkat akhir pada hari kedua. Peringkat pertama telah menyaksikan sejumlah 7 orang peserta berentap untuk melayakkan diri ke pusingan akhir.

7 orang peserta  yang terlibat ialah Noraidin Nordin (Shoubra), Mohd Ridzuan Nazri (Shibin el-Kom), Mohd Fakhruddin Zurajali (Kelantan), Azizul Hafiz Ameryddin (Perak), Ahmad Haikal Idris (Selangor), Abu Dzar Ahmad (Dumyat), dan Muhammad Nuruddin Amiruddin (Pulau Pinang).

Untuk mengadili pertandingan ini pula, tiga orang hakim yang bertauliah telah diimpot untuk mengelakkan sebarang kontroversi atau ketidak-adilan. Bagaimanapun hanya tiga orang peserta layak ke peringkat akhir iaitu wakil daripada Shoubra, Kelantan dan wakil tuan rumah sendiri, Selangor.

Hari k
edua bermula jam 6.15 petang. Tiga orang finalis tersebut dikehendaki memberikan pidato berkaitan satu tajuk yang telah diberikan selepas berakhirnya peringkat saringan dan satu lagi pidato spontan.  Ketiga-tiga orang peserta telah menunjukkan prestasi dan potensi tinggi, menyukarkan pihak hakim menentukan siapakah yang paling layak bergelar johan pertandingan ini. Turut hadir menyaksikan pertandingan ini Presiden PMRAM sendiri, Ustaz Mohd Khairul Anuar Ismail.

Selepas solat Maghrib, majlis perasmian penutup Pertandingan Pidato Piala Presiden PMRAM 2008 diadakan untuk mengumumkan para pemenang, sekaligus menutup tirai pertandingan ini. Majlis dimulai dengan ucapan pengarah program, Ustaz Syafiq Zulakifli. Seterusnya tuan Presiden dijemput untuk melontarkan kata taujihatnya buat para hadirin. Dan akhir sekali, wakil hakim pertandingan ini, Encik Mohamad Noor Deros dari Singapura,  diberikan penghormatan untuk menuturkan sedikit ulasan tentang prestasi keseluruhan peserta pidato, sekaligus mengumumkan nama pemenang.

Pertandingan  Piala Presiden PMRAM kali ini telah dimenangi oleh wakil dari Kelantan, Mohd Fakhruddin Zurajali, tempat kedua digondol oleh wakil tuan rumah, Ahmad Haikal Idris, manakala tempat ketiga disandang wakil Shoubra, Noraidin Nordin.

Tahniah buat para pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan!




PROGRAM PENGHAYATAN REJAB DAN DAURAH KITAB
(RALAT)




Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan serta Badan dan Unit Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2008 akan mengadakan PROGRAM PENGHAYATAN REJAB DAN DAURAH KITAB. Program akan diadakan pada 6 JULAI bertempat di ASRAMA PELAJAR SELANGOR, HAYYU ASYIR.

Tentatif Program

(AHAD) - 6 JULAI 2008

8.30 pagi - 12.00 tengahari
Daurah Kitab - Sullam Al-Munajat
Oleh : Ustaz Mohd Nazrul bin Abdul Nasir (Mantan Badan Pengurus PMRAM)

5.30 - 7.30 petang
Pembentangan Kajian Ilmiah (Tesis Master)
Oleh : Ustaz Mahyuddin bin Hashim

Selepas Solat Maghrib
Ceramah Penghayatan Bulan Rejab
Oleh : Dr. Jamal Faruq ( Pensyarah Universiti Al-Azhar)

Majlis Pelancaran Biah Solehah


Bersempena dengan program tersebut juga, pihak Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM mengadakan soalan kuiz khusus untuk merancakkan lagi program berkenaan. Soalan-soalan yang telah dijawab hendaklah dihantar terus ke emel PMRAM ; pmram30@yahoo.com sebelum 6 JULAI 2008. Pemenang akan menerima cenderahati daripada pihak penganjur.

Soalan-soalannya adalah seperti berikut :

Soalan Kuiz Isra’ Mikraj

1.    Bilakah terjadinya peristiwa Isra' dan Mikraj? Berikan takrif  Isra' dan Mikraj?
2.    Dua surah yang menceritakan tentang peristiwa Isra’ dan Mikraj?
3.    Nyatakan simbolik disebalik peristiwa Isra' dan Mikraj?
4.   Dua jenis minuman yang ditawarkan kepada Rasulullah s.a.w? Minuman  yang menjadi pilihan Rasulullah? Apakah rahsia disebalik pemilihan minuman tersebut?
5.    Kubur mujahidah  yang dilawati Rasulullah s.a.w semasa Isra’?
6.    Makhluk yang mengejar Rasulullah s.a.w dan  Jibril a.s semasa Mikraj?
7.   Perintah teragung dari Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w? Bilangan waktu yang perlu dilaksanakan pada awal perintah tersebut diturunkan?
8.    Nabi Muhamad telah berjumpa dengan Nabi-Nabi yang terdahulu disetiap tingkatan langit,sebutkan nama Nabi-Nabi tersebut mengikut peringkat langit?
9.    Tempat Rasulullah s.a.w solat bersama nabi-nabi terdahulu?
10.    Sahabat yang mengakui kebenaran peristiwa Isra’ dan Mikraj?



PMRAM ADAKAN Q SIRI KE-3 dan KE-4



Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan akan mengadakan Kolokium Ilmuan PMRAM (Q) pada 7 dan 8 JULAI 2008 bagi peringkat Kaherah. Mahasiswa tahun 1 dan mahasiswa muadalah dipelawa untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Iklan program boleh KLIK DI SINI


MAJLIS ILMU BERSAMA ULAMA YAMAN



Tanggal 29 Jun yang lalu,telah berlangsung majlis bersama Syeikh Habib Salim bin Abdullah As-Syatiri, Mudir Ribat di Tarim, Yaman bertempat di Dataran Hayyul ‘Asyir.

Majlis kendalian Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM itu bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Bacaan Burdah Imam Al-Busiri dimulakan sebagai pembuka tirai majlis malam itu sementara menanti ketibaan Habib Salim bersama rombongannya. Hampir jam 9 malam, Habib Salim tiba bersama-sama rombongan yang terdiri dari anak-anak murid beliau yang lain. Turut hadir mengiringi ialah Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Azrul Ismail, Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan itu dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Khairullah diikuti ucapan alu-aluan dari Presiden PMRAM, Ustaz Khairul Anuar Ismail.

Dalam ucapan tersebut, beliau menceritakan ujian yang diterima oleh para Nabi sebelum ini termasuk Nabi Muhammad SAW. Namun kesabaran mereka menjadi sebab kepada pertolongan Allah. Majlis kemudian memberi penghormatan kepada salah seorang anak murid Habib Salim, Habib Muhammad bin Ali bin Abdul Qadir Al-Habsyi menyampaikan ucapan.

Selain itu, Habib Muhammad menceritakan sedikit pengalaman beliau sepanjang berguru dengan Habib Salim. Ia kemudian diikuti dengan ucapan oleh Prof. Dr. Jamal Faruq, pensyarah Universiti Al-Azhar. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan betapa tingginya martabat penuntut ilmu di sisi Allah. Beliau turut meminta supaya diambil peluang pada zaman remaja ini untuk menuntut ilmu.

Sejurus selepas itu, Habib Salim menyampaikan nasihatnya kepada mahasiswa sekalian. Antara lain beliau memuji sikap penuntut ilmu yang datang ke Mesir ini sebagai menunjukkan rasa cinta mereka kepada ilmu. Beliau juga meminta agar para mahasiswa menggunakan peluang yang ada ini di Mesir yang disebut sebagai “Bumi Para Nabi” ini dengan penuh kesungguhan.

Beliau turut berwasiat agar para mahasiswa bertakwa kepada Allah di mana jua berada sambil memetik Hadis Nabi Muhammad SAW ketika mana Baginda SAW didatangi seorang sahabat yang meminta wasiat dari Baginda SAW. Lalu Baginda SAW bersabda dengan wasiat tiga perkara padanya: “Pertama antara dia dengan Allah iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah, kedua antaranya dengan dirinya sendiri iaitu hendaklah ikuti keburukan yang dibuat dnegan kebaikan dan ketiga antaranya dengan sesama manusia iaitu hendaklah melakukan akhlak yang baik antara manusia.”

Habib Salim turut berpesan agar menjauhi dari ajaran tasawuf yang disalah ertikan oleh sesetengah pihak dari makna tasawuf yang sebenarnya. Beliau turut menasihatkan agar para mahasiswa mengelakkan dari fahaman aqidah yang mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dengan memetik sabda Baginda SAW, “Sahabatku ibarat seperti bintang di langit. Sesiapa yang mengutuk mereka, dia akan dilaknat oleh Allah, para malaikat serta manusia keseluruhannya.” Habib Salim turut mewasiatkan agar mahasiswa menjauhi dari akidah yang mencerca para wali Allah serta mengingkari keramat yang dikurniakan Allah kepada mereka. 

Ucapan beliau yang memakan masa setengah jam itu turut menarik perhatian para mahasiswa yang hadir yang dianggarkan mencecah 500 orang. Pada akhir majlis, beliau turut menyampaikan ijazah ‘am kepada sekalian para mahasiswa yang hadir.


 
PERTANDINGAN PIDATO PIALA PRESIDEN PMRAM DI HAYYU ASYIR
Jawatankuasa Sekretariat Pidato Piala Presiden PMRAM 2008 menjemput semua mahasiswa untuk menghadiri Pertandingan Pidato Piala Presiden PMRAM 2008 seperti kenyataan berikut :

Tarikh : 1 dan 2 JULAI 2008
Masa   : Peringkat Saringan (1 Julai - 10 pagi)
             Peringkat Akhir (2 Julai - 5.30 petang)
             Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutupan Rasmi oleh Presiden PMRAM 2008
            (Selepas Solat Maghrib)
Tempat : Dewan Asrama Pelajar Selangor, Hayyu Asyir
Mahasiswa dijemput menyaksikan pertandingan tersebut.

Tambahan :
Kepada semua peserta sila maklumkan penyertaan anda kepada Setiausaha Program, Ustaz Mior (010-6849483) sebelum 30 JUN 2008

MUHADHARAH ILMIAH BERSAMA SYEIKH HABIB SALIM

Tarikh : 29 JUN 2008 (Ahad)
Tempat : Dataran Hayyu Asyir
Masa : Selepas Solat Maghrib

Segala maklumat lengkap berkenaan program boleh didapatkan di bawah.
IKLAN DI SINI



PENERANGAN ISU BUKU 'APA ITU SYIAH'

PERSEKUTUAN Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) buat sementara ini berpendirian tetap dengan tidak membenarkan buku persendirian yang berjudul 'Apa Itu Syiah' untuk dijual di premis dan program PMRAM. Keputusan tersebut diambil setelah pihak PMRAM telah berkali-kali berunding dengan pihak pengurusan buku terbabit dan meminta agar  mengikuti etika yang telah ditetapkan sekian lama.

    Tolak ansur dan inisiatif yang bertujuan untuk menyelamatkan kepentingan kedua-dua belah pihak itu ternyata tidak berjaya dilaksanakan apabila pihak pengurusan buku terbabit tetap berkeras dan gagal mengikuti etika yang ditetapkan.

Berikut adalah etika Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM:
Fasal (5)- Persendirian
1.    Penerbitan bahan persendirian MESTI menepati peraturan Fasal (2) dan (3).
2.    Setiap penerbitan persendirian perlu mendapat pengesahan dari Ketua BPP PMRAM mengenai isi kandungan bahan yang dikeluarkan.
3.    Segala bentuk penerbitan MESTI meletakkan logo PMRAM dan mendapat cop PMRAM.
4.    Makalah atau bahan yang hendak dikeluarkan mestilah dihantar keseluruhan isinya kepada BPP PMRAM (dalam satu salinan) untuk disemak dan disimpan BPP.
5.    Bagi kajian MANHAL perlu merujuk kepada MANHAL untuk disahkan isi kandungan dan BPP PMRAM untuk pengesahan penerbitan.

    Etika yang dinyatakan di atas adalah bertujuan untuk menjaga nilai ilmiah sesuatu buku yang diterbitkan oleh ahli PMRAM selain daripada mengelak penipuan dan pemalsuan terhadap bahan bercetak. Sebarang sebaran umum (iaitu disebarkan ke premis-premis BKAN dan DPM) pula samada yang  berbentuk buku atau risalah adalah perlu dicop sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Maka, demi menjaga keselamatan serta maslahah yang penting ini, PMRAM seharusnya tidak sewenang-wenangnya membiarkan mana-mana bahan bercetak yang tidak mengikut etika PMRAM dijual dan disebar di premis-premis PMRAM bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku yang akan dipertanggungjawabkan ke atas PMRAM.

       Pendirian ini bukan bererti PMRAM menyekat perkembangan ilmu di kalangan ahli, malah tidak bertujuan untuk memandulkan semangat mahasiswa/wi Melayu al-Azhar untuk terus menulis. Bahkan PMRAM dari dulu sampai kini menggesa ahli untuk terus menulis demi menyebarkan ilmu-ilmu Islam dan telah terbukti dengan adanya sejumlah besar bilangan buku-buku di bawah seliaan PMRAM yang mengikuti prosuder berada di premis-premis PMRAM. Sesungguhnya keterikatan dengan disiplin etika memaksa pihak PMRAM menjalankan tanggungjawabnya sebagai persekutuan yang berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir untuk mengikuti lunas undang-undang yang ditetapkan.

    Realiti dalam hal ini, PMRAM amat mengharapkan seluruh ahli PMRAM memahami hal ini dengan sebaiknya. PMRAM dengan ini juga amat berharap pihak pengurus mana-mana buku secara umumnya dan juga pihak pengurus buku terbabit khususnya agar dapat mengikuti etika yang dapat menjamin nilai ilmiah dan keselamatan yang telah disebutkan di atas. PMRAM walau bagaimanapun terpaksa mengambil risiko ketidakpuasan hati pihak yang enggan mengikuti etika demi menjaga maslahah yang lebih besar. Namun sebenarnya semua itu dapat di atasi apabila semua ahli PMRAM faham tentang persoalan etika dan undang-undang yang tidaklah merumitkan itu. PMRAM amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai etika daripada mana-mana  ahli agar dapat memahaminya secara jelas.

Yang menjalankan amanah,
Khairul Anuar Bin Ismail
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2008.



NASYID FM - PMRAM, JALINKAN KERJASAMA


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah bersetuju memilih Nasyidfm.Net sebagai Radio Rasmi kepada PMRAM.

Ikuti perkembangan radio nasyidfm melalui
RADIO NASYID FM

MAKLUMAN AM
 
Laman Web PMRAM sedang di dalam penyelengaraan. Harap maklum
TERKINI
 
PMRAM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) pada 3 Ogos 2008 (AHAD). Oleh yang demikian, PMRAM menjemput kepada mereka yang berminat untuk mendaftarkan nama terus kepada jawatankuasa HEMAT, Badan dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2008.

Mahasiswa Tahun 3 dan 4 dijemput untuk hadir.
PEJABAT PMRAM
 
Operasi Pejabat PMRAM bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari JUMAAT.

Sila patuhi jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2008 bagi melicinkan gerak kerja ini.

TAKWIM AKAN DATANG
 
26 Julai hingga 31 Julai 2008
Bola Sepak PIALA MALAYSIA

3 Ogos 2008
HIMPUNAN MAHASISWA TAHUN AKHIR

4 Ogos 2008
Kem Latihan Penulis PMRAM

9 Ogos 2008
Program Kolokium Ilmuan (Q) Akhir 2008

16 hingga 19 OGOS 2008
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)

25-26 Ogos 2008
Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMID)
MAKLUMAN AKAN DATANG
 
PMRAM akan membuka permohonan zakat PMRAM. Mahasiswa yang berkelayakan boleh memohon terus kepada PMRAM. Makluman akan diberikan selepas ini.
 
Today, there have been 4 visitors (5 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free