Temuramah Bersama Kepimpinan HEWI PMRAM
Berikut adalah temuramah wartawan PRISMA PMRAM bersama Norfaizah Mad Ali, Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM 2008.

P (PRISMA) : Pada tahun ini HEWI PMRAM telah menukar tema kepada "Julang Izzah Teguh Wahdah". Boleh ustazah jelaskan apakah matlamat dan halatuju yang hendak dibawa disebalik tema ini?

F (FAIZAH): Alhamdulillah pada tahun ini, pimpinan HEWI PMRAM sesi 2008 perlu membuat gerak kerja dan halatuju berdasarkan tema kita iaitu "Julang Izzah Teguh Wahdah".

Tema yang dipilih ini, bukanlah satu rangkap kata yang hanya untuk menempa gah pada pandangan namun tema ini telah menjadi pilihan bagi memastikan survival keunggulan dan keizzahan mahasiswi berterusan serta menjadi momentum yang padu, sejajar dengan keilmuan yang diperolehi serta setanding dengan arus perdana dunia yang global.

Antara halatuju dan matlamat yang telah digariskan bagi mencapai matlamat serta direalisasikan pada sesi ini ialah

    * melahirkan mahasiswi yang mampu mencernakan ilmu dengan sebaiknya dan;

    * melahirkan mahasiswi Azhariah yang berani serta mampu melontarkan pandangan dalam menjawab isu-isu semasa yang semakin lantang yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tidak ketinggalan juga, agenda yang tidak pernah dikecualikan iaitu: perlunya kita memapankan serta memantapkan dari sudut tarbiyah. Ini adalah kerana, perancangan musuh-musuh Islam mutakhir ini telah terkena tempiasnya kepada kalangan mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar dan ia semakin menular jika tiada usaha bagi membanterasnya dilakukan. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh semua kerana kewujudan kita di sini adalah untuk melahirkan insan-insan yang akan menjadi benteng serta menghancurkan perancangan musuh-musuh tersebut.

Selain itu, walaupun tema lepas telah menjadi sejarah, namun perlunya kita menggembleng kekuatan dan kesatuan yang teguh di kalangan ahli. Perkara ini perlu dititikberatkan bagi menjamin keutuhan BKAN, DPM dan PMRAM itu sendiri. Insya Allah, pelbagai perancangan, agenda dan inisiatif yang telah disusun bagi memastikan matlamat dan halatuju PMRAM pada sessi ini dapat direalisasikan bersama.

P: Adakah saudari berpendapat bahawa kepimpinan mahasiswi Azhariah perlu melalui anjakan paradigma bagi memenuhi tuntutan semasa pada masa kini; dan bagaimana saudari menilai suasana ini dari pengamatan saudari selaku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM pada sesi ini?

F: Hari demi hari menuntut muslimat untuk terus mara ke hadapan untuk berdepan dengan pelbagai mehnah yang telah diagendakan oleh kuffar untuk merosakkan umat Islam melalui wanita. Maka dengan perubahan arus mutakhir ini, menuntut kepimpinan Azhariah terus mara ke hadapan bagi menghadapi cabaran yang mendatang. Kepimpinan Azhariah perlu berani untuk mendepani masa bukan kerana semangat namun atas dasar kebenaran yang perlu ditegakkan demi maruah Islam itu sendiri.

Anjakan paradigma ini lebih kepada bersikap terbuka namun berprinsip kerana kita menilai sesuatu suasana mengikut suasana (waqi’e) bukan jangkaan semata-mata selagi ia tidak melanggar batasan syariat Allah. Mungkin ia sesuatu yang baru dan agak janggal untuk disesuaikan namun amanah yang terpundak di bahu kita semua memerlukan kita memanifestasikan teladan yang bijak untuk ditauladani oleh kaum hawa yang sering ditohmah dari pelbagai sudut. Justeru itu, kepimpinan Azhariah mestilah memperlengkapkan diri dengan kemantapan ilmu dan pelbagai kemahiran untuk menawan kembali hati-hati yang memandang lesu tentang keizzahan Islam dan juga sebagai wadah untuk kita memperbaiki jatidiri sebagai seorang pimpinan yang ingin menobatkankan Islam di persada dunia.

P: Untuk akhirnya, apakah harapan saudari terhadap semua ahli PMRAM khususnya mahasiswi Al-Azhar yang berada di Perlembahan Nil ini.

F: Selaku orang yang telah diamanahkan pada sesi ini, saya mengharapkan kesatuan dari semua ahli yang terdiri dari BKAN dan DPM yang pelbagai supaya terus menyokong dan mendokong segala usaha yang dilakukan oleh PMRAM selagi ia tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip Islam bagi merealisasikan hadaf serta matlamat PMRAM. Saya juga mengharapkan agar semua ahli PMRAM yang menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini sama ada pelajar jurusan agama atau perubatan mampu untuk memartabatkan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk dicerna dalam diri masing-masing dan dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam dan masyarakat Malaysia khususnya.

Kami barisan kepimpinan PMRAM sessi 2008 ini, mengharapkan pandangan, idea dan kritikan yang membina dari semua ahli PMRAM untuk sama-sama kita merencana agenda dengan rapi agar ia lebih terancang supaya dapat dirasai oleh semua ahli PMRAM untuk sama-sama kita menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w kerana kita adalah rantaian perjuangan Islam yang tiada berkesudahan.

MAKLUMAN AM
 
Laman Web PMRAM sedang di dalam penyelengaraan. Harap maklum
Advertisement
 
TERKINI
 
PMRAM akan mengadakan Himpunan Mahasiswa Tahun Akhir (HEMAT) pada 3 Ogos 2008 (AHAD). Oleh yang demikian, PMRAM menjemput kepada mereka yang berminat untuk mendaftarkan nama terus kepada jawatankuasa HEMAT, Badan dan Unit Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2008.

Mahasiswa Tahun 3 dan 4 dijemput untuk hadir.
PEJABAT PMRAM
 
Operasi Pejabat PMRAM bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Dibuka setiap hari kecuali hari JUMAAT.

Sila patuhi jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 2008 bagi melicinkan gerak kerja ini.

TAKWIM AKAN DATANG
 
26 Julai hingga 31 Julai 2008
Bola Sepak PIALA MALAYSIA

3 Ogos 2008
HIMPUNAN MAHASISWA TAHUN AKHIR

4 Ogos 2008
Kem Latihan Penulis PMRAM

9 Ogos 2008
Program Kolokium Ilmuan (Q) Akhir 2008

16 hingga 19 OGOS 2008
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)

25-26 Ogos 2008
Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMID)
MAKLUMAN AKAN DATANG
 
PMRAM akan membuka permohonan zakat PMRAM. Mahasiswa yang berkelayakan boleh memohon terus kepada PMRAM. Makluman akan diberikan selepas ini.
 
Today, there have been 1 visitors (2 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=